AL-FIRQATUN NAJIYAH GOLONGAN YANG SELAMAT
AL-FIRQATUN NAJIYAH GOLONGAN YANG SELAMAT assalamualaikum warahmatullah sauda raku Setelah zaman kegemilangan Islam iaitu selepas wafatnya Rasulullah saw. telah muncul berbagai-bagai kelompok atau golongan yang sesat seperti golongan yang dikenali sebagai ahli ahwa’, tariqat atau sufi/tasawuf dan ahli ilmu Kalam yang dari pecahan mereka lahir berbagai-bagai nama seperti Qadariyah, Al-Asy’ariyah, Muktazilah dan berbagai nama lainnya, di mana dari pecahan ini lahirlah berbagai golongan yang ada di antaranya sampai ke tahap terpesong manhajnya dari Al Sunnah wal Jamaah. Kadar penyelewengan mereka ini ada yang sedikit dan ada yang yang sampai terkeluar dari aqidah ahli Sunnah, iaitu sampai ke tahap kufur. Dan golongan yang terpesong inilah yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. sebagai yang paling ramai di kalangan manusia yang mengaku beragama Islam. Sabda Rasulullah saw.: ﺍَﻻَ ﻭَﺍِﻥَّ ﻣ...