Membina hubungan ulama dan umara
Khutbah Jumaat: “ Membina Hubungan Ulama’ Dan Umara’ ” Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. mimbar akan membincangkan judul khutbah: “MEMBINA HUBUNGAN ULAMA’ DAN UMARA’. ” Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Jika diingat kembali, sejarah perkembangan Islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan kesalingan antara ulama’ dan umara menjadi erat dan kental, maka sesebuah pemerintah itu pasti bertambah kuat, nasib ummah akan terbela, negara akan bertambah maju dan aman damai. Persoalan besar timbul di sini siapakah ulama’ dan umara yang sebenarnya dan apakah bidang tugas mereka? Ini sangatlah penting kerana di saat ini, masih ramai masyarakat yang keliru dengan istilah dan juga peranan ulama’...